Monday, October 10, 2016

HIMPUNAN KELUARGA BANI HAJI DAUD 2016

Himpunan Keluarga Bani Haji Daud (HKBHD) 2016 telah berjaya diadakan pada 30hb September 2016 baru-baru ini, yang berlangsung selama 3 hari 2 malam hingga 02hb Oktober 2016, di Teratak Malaya, Kg Janda Baik, Bentong, Pahang. Seramai 260 orang telah berjaya dikumpulkan ke perhimpunan tesebut, termasuk YB Dato' Ahmad Shabery Cheek dan famili seramai 4 orang yang turut hadir pada hari kedua. Beliau tidak dapat hadir sepenuh masa kerana mempunyai program-program rasmi lain dalam tempoh perhimpunan tersebut. 

Dato' Ahmad Shabery adalah cuit Haji Daud sebelah Pendekar Mamat Kijal dan telah dilantik sebagai Penaung kepada HKBHD 2016. Sebahagian besar pembiayaan HKBHD telah diperolehi melalui beliau.

No comments:

Post a Comment