PENGENALAN

PENGENALAN

Hari Keluarga Bani Haji Daud 2016 adalah satu perhimpunan keluarga yang diadakan untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan anak keturunan Haji Daud. Hari keluarga ini menjadi satu wadah yang penting untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga kerana silaturrahim yang baik antara ahli keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik.

 Penganjuran himpunan keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama kantara semua ahli keluarga. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa hari keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat kerjasama dan muhibbah antara ahli keluarga.

Antara pengisian dalam hari keluarga ini meliputi aspek kerohanian dan sukaneka dengan harapan agar sambutan julung kali ini akan meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.


OBJEKTIF

  • ·    Mengukuhkan tali persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim ahli keluarga Bani Haji Daud melalui penyertaan aktiviti bersama.

  • ·   Menyediakan ruang dan peluang untuk saling mengenal dan mengeratkan hubungan silaturrahim yang terpisah oleh kekangan masa dan komitmen di kalangan ahli keluarga.

  •    Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti keluarga yang dijalankan.

  •   Mewujudkan persefahaman dan memupuk sikap profesional dalam mengurus perbezaan pendapat atau pegangan politik dalam diri setiap ahli keluarga.

  •     Menguatkan jati diri dengan mengenal dan mengenang kembali susur galur keturunan ahli keluarga.


PESERTA

Ahli keluarga dan sahabat handai waris keuturan Bani Haji Daud merangkumi dua keluarga besar berikut:

  • ·         Bani Pendekar Mamat (Kijal), dan
  •            Bani Siti Hajar (Batu 4 Binjai).

   TEMA:  “BERSAMA HIDUP DAMAI”




No comments:

Post a Comment