JEJAK WARIS

Salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat; dan merapat serta mengekalkan hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam.

Allahberfirman:
"Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut namaNya, serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum kerabat." – (Surah An-Nisaa: 1)

Dalam sebuahhadis Qudsi pula Allah berfirman:
"Barang siapa yang memutuskan tali kekeluargaan, akan aku putuskan hubunganKu dengan dia. Dan barangsiapa menyambungkan tali kekeluargaan, Akupun akan mengukuhkan tali kekeluargaannya nanti."

Lebih daripada itu diriwayatkan dalam banyak hadis bahawa amalan silaturrahim akan memakmurkan rumah dan menambah usia walaupun para pelakunya bukan orang baik-baik. Amalan silaturrahim ini akan membersihkan segala amalan kita yang lain serta melipatgandakan kekayaan dan menolak bala..

Hadis Jubair bin Mut'im r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan (Silaturahim).[1].



SUSURGALUR KELUARGA

Susurgalur (Salsilah) Keluarga atau FAMILY TREE adalah satu cara yang mudah untuk memaparkan perhubungan keluarga dan pertalian waris dalam sesuatu keluarga berhuhung-kait melalui keturunan darah atau perkahwinan menyusuri arah ke atas kepada nenek moyang asal keturunan kita dan menyusuri arah ke bawah hingga ke generasi anak cucu menjangkaui zaman.

Secara praktiknya, amalan menyimpan rekod salasilah ini sudah dilakukan sejak zaman dahulu kala lagi oleh bangsa-bangsa China, Arab dan Eropah. Di Malaysia, amalan ini hanya boleh didapati di kalangan keluarga bangsawan, kerabat raja dan keluarga-keluarga keturunan Arab.  Hanya di akhir-akhir ini baru terdapat keluarga-keluarga yang mempunyai rajah susurgalur salasilah, tetapi setakat beberapa generasi lampau sahaja kerana kekurangan minat dan kemudahan.

Alhamdulillah, pada zaman ICT ini, sudah ada aplikasi-aplikasi dan perisian komputer yang boleh digunakan untuk merakamkan catatan-catatan salasilah dengan sempurna dan mudah difahami. Di negara-negara maju seperti Amerika, Eropah dan Australia projek-projek menjejak waris ini dan merakamkannya dalam bentuk Family Trees sudah lama berkembang, terutamanya semenjak adanya kemudahan internet. Antara organisasi yang terbesar dalam bidang ini ialah ancestry.com, genealogy.com, myheritage.com dan geni.com.

No comments:

Post a Comment