SIAPA HAJI DAUD?

KISAH HAJI DAUD
Bismillaahi Rahmaani Rahhiim.
Pada kesempatan ini Pokde@Abukabir ingin paparkan kisah moyang kita generasi teratas yang Pokde ketahui, iaitu seorang alim ulama yang benama Haji Daud yang dari namanyalah berasalnya nama Kampung Surau Haji Daud, Bukit Payung, Marang, Terengganu.  Pada zamannya beliau dikenali sebagai Tokguru Haji Daud. Ketokohannya terbukti apabila kuburnya di perkarangan Masjid Kampung Kijing, Marang pernah dipuja sebagai kubur ‘keramat’ menjadi tempat orang melakukan kurafat membayar niat dan/atau memohon sesuatu. Amalan kurafat tersebut walau bagaimanapun telah terhenti setelah dikeluarkan fatwa dan perintah larangan oleh Mufti Terengganu dalam tahun lima puluhan.

TOKGURU HAJI DAUD
Tokguru Haji Daud adalah seorang alim ulama yang berasal dari Kampung Surau Haji Daud, Bukit Payung, Marang, Terengganu. Nama kampung tersebut diasaskan kepada sebuah surau ditempat Tokguru Haji Daud menjadi imam dan mengajar fardhu ain kepada penduduk kampung dan sekitarnya. Kampung Surau Haji Daud asalnya adalah sebahagian daripada Kampung Kedai Buluh, Bukit Payung bersebelalan dengan Kampung Tok Dir.
Mengikut maklumat yang diketahui setakat ini, Tokguru Haji Daud hanya mempunyai dua orang anak. Anak pertama: lelaki bernama Mamat dan anak kedua: perempuan bernama Siti Hajar. Ibu kepada dua beradik ini meninggal dunia semasa Siti Hajar masih kecil, lalu Tokguru serahkan Siti Hajar kepada seorang sahabatnya dari Kampung Pulau Babi (sekarang Pulau Bahagia) untuk dijadikan anak angkat.
Mamat, anak pertamanya telah membesar di Kampung Surau Haji Daud dan berumah-tangga dengan seorang wanita dari kampung tersebut serta mendapat beberapa orang anak yang keturunan mereka masih berada kekal di kampung tersebut.
Tokguru Haji Daud kemudiannya telah berpindah ke Kampung Kijing, Marang, Terengganu menjadi imam dan guru agama di Masjid kampung tersebut sehingga ke akhir hayatnya. Beliau tidak pernah berkahwin lagi selepas kematian isterinya di Kampung Suirau Haji Daud. Beliau telah dianggap sebagai seorang alim ulama berkaromah di zamannya dan diceritakan oleh penduduk Kampung Kijing bahawa setelah meninggal dunia, kuburnya dalam perkarangan (di belakang) Masjid Kampung Kijing dianggap keramat dan dikunjungi ramai untuk memohon sesuatu dan “membayar niat”. Nisannya dibalut dengan kain kuning. Untuk ape entahlah.
Kerajaan Terengganu kemudiannya mengeluarkan fatwa bahawa amalan “membayar niat” dan seumpamanya di kubur-kubur “keramat” adalah suatu amalan kurafat dan haram di sisi syarak; dan haram di sini undang-undang negeri Terengganu. Justru kubur Tokguru Haji Daud telah “dihilangkan” oleh pihak berkuasa Hal Ehwal Agama Islam Terengganu. Mungkin susulan daripada tindakan tersebutlah kuburnya tidak lagi diketahui tempatnya.
PERPISAHAN ANTARA DUA BERADIK KANDUNG
Setelah kematian ibunya, Siti Hajar binti Haji Daud telah diserahkan kepada keluarga sahabat sebagai anak angkat sejak kanak-kanak lagi. Keluarga angkat Siti Hajar (tidak sempat kita ketahui) tinggal di Kampung Pulau Babi (kini Pulau Bahagia), Kuala Tefengganu; kampung yang dianggap jauh juga dari Kampung Surau Haji Daud.pada zaman itu (tahun sepuluhan dalam kurun 20).  Abangnya, Mamat bin Haji Daud (Pendekar Mamat) telah menetap dan berumah-tangga di Kampung Surau Haji Daud; berkahwin dan mendapat beberapa orang anak.
Setelah kematian isteri, Pendekar Mamat telah berhijrah seorang diri ke Kijal, Kemaman lalu berkahwin lagi dan terus menetap di Kijal sehingga akhir hayat. Di Kijal Pendekar Mamat bekerja sebagai nelayan pantai dan berkebun kelapa, durian, duku dan langsat.  Ada juga bendang padi peninggalannya di Kijal. Selain itu beliau telah membuka gelanggang perguruan silat gayung yang agak masyhur ketika itu.
Hasil perkahwinan yang kedua ini, Pendekar Mamat telah mendapat 4 orang anak bernama Poklong Dolah, Mokngoh Munah, Mokteh Limah dan Moksu Saadiah. Poklong Dolah meninggal ketika usia muda, sebelum sempat berumah-tangga.
Sekitar awal tujuh puluhan, kami telah berkunjung ke Kampung Surau Haji Daud, mencari waris keturunan Haji Daud. Kami diberitahu bahawa semua 4 orang anak Pendekar Mamat (iaitu Jusoh, Jenab, Tesah dan Berahim) telah meninggal dunia; tetapi anak-anak mereka masih ada ketika kunjungan kami itu. Dalam tempoh beberapa hari kami telah bermalam di beberapa buah rumah anak-anak mereka, di antaranya di rumah Haji Man Tok Kateh (anak Tesah) dan di rumah Jusoh Panjang.(anak saudara Haji Man Tok Kateh).
Antara nama-nama yang agak tersohor kerana kehandalan (nelang) dari segi persilatan dan perbomohan mereka ketika itu dan sebelumnya ialah: Poklong Jusoh, Boto’, Min Tok Guning, Mat Tok Guning, Salleh Pak Midah, Ismail Pak Midah dan Embong To’ Bomoh.
SITI HAJAR BERHIJRAH KE KG BINJAI, KEMAMAN
Adik kandung Pendekar Mamat, Siti Hajar binti Haji Daud yang telah berpisah sejak kecil, telah berkahwin dengan Lebai Said bin Abu Bakar di Kampung Pulau Babi, kampung keluarga angkatnya. Dalam awal tahun dua puluhan (1924 mungkin), keluarga Lebai Said dengan 6 orang anak mereka telah berpindah/berhijrah ke Kampung Binjai, Kemaman; mula-mulanya di Kampung Di Air (sekita Lot Seri Jaya sekarang) dan kemudaiannya (sekitar 1940) pindah ke Kampung Baru Batu 4 (sekarang Kg Batu 4 Dalam) dan terus menetap di situ ke hari ini.
PERTEMUAN KEMBALI ANTARA KETURUNAN ABANG DAN ADIK
Pertemuan kembali antara keturunan Pendekar Mamat (abang) di Kijal dan keturunan Siti Hajar (adik) di Binjai hanya berlaku dalam zaman Jepun (1941), iaitu setelah masing-masing sudah lanjut usia dan mempunyai cucu. Kisah pertemuan dan pertautan keturunan dua beradik ini mungkin akan dapat dikisahkan di lain ruangan.
Sekian sedikit coretan tentang BANI HAJI DAUD.
Wallahua’lam bissawab



CATATAN: Untuk mendaftar sebagai Ahli KBHD, sila ke URL ini: http://hkbhd.blogspot.my/2018/01/pendaftaran-ahli-keluarga-bani-haji-daud.html 

2 comments:

  1. Haji Daud berkahwin lagi selepas kematian Isteri nya dan mepunyai ramai anak di sekitar Marang sehingga ke hari ini cucu cicit haji Daud masih ada. Haji Daud berasal dari Pulau Rusa dan ayah beliau di kenali segai Tok wer Musa.

    ReplyDelete
  2. Dalam pada itu adik beradik Hj.Faud iaitu seramai 14 orang itu salah satu sebab Hj.Daud..Hijrah.. Ayah Hj Dayd.waktu tu banyak memiliki kerbau..tidak hairanlah pernah suatu ketika banyak duit di dalam kolam masjid sedekah..dlm keturunan adik beradik 14 orang orang berteraburan ke pelosok Terengganu.maka ada nya sepupu sepakat dan dua pupu..hasil susur galur keturunan yg bersirat ini..setelah saya membuat ..aliran susu galur ini.secara .metrik.ada dua versi muka seperti Cina berkukulit putih dan semacam mamat berkulit gelap..Hindustan...pada 2020 lalu.

    ReplyDelete